Thursday, 4 February 2021

Cuba Curi RM28 Kerana Lapar, Nenek Sebatang Kara Dicekik & Diarak Ke Balai Polis

Seorang wanita warga emas didakwa cuba meragut salah seorang penjual di pasar namun digagalkan oleh beberapa orang penjual lain dan pengunjung pasar itu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah.

Menerusi laporan Kompas, nenek itu kelihatan mengundurkan diri ketika seorang lelaki mencengkam lehernya.

Dia disoal siasat dan tudungnya juga beberapa kali ditarik oleh orang ramai.

Mereka yang berang dengan kelakuan nenek itu kemudian mengaraknya ke balai polis tempatan.

Pesuruhjaya polis Mandiraja, Suyit Munandar, mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada Sabtu lalu ketika pasar sibuk dengan aktiviti jual beli.

Setelah disiasat, nenek itu pergi ke Mandiraja dengan menggunakan pengangkutan awam kerana dia buntu untuk mencari duit.

“Mangsa adalah peniaga di Pasar Mandiraja, dia menyedari beg miliknya telah diseluk oleh pelaku dan mangsa terus menjerit,” kata Suyit.

Tambah pegawai polis itu lagi, nenek itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal semasa tiba di balai polis itu.

Nenek itu mengaku bahawa dirinya memang cuba untuk meragut, dengan linangan air mata dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Mangsa sudah memaafkan dan tidak akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, ia diselesaikan secara baik, dia juga cuma hilang sebanyak Rp 100, 000 (RM28),” jelas Suyit.

Nenek itu juga menceritakan bahawa dia tinggal sendirian di rumah, suami dan anaknya pula merantau ke luar bandar dan sudah lama tidak memberikan khabar berita.

Dengan keadaan pandemik COVID-19 pada masa kini, dia mengalami kesempitan wang yang sangat teruk.

Nenek itu dibenarkan pulang ke rumah setelah semuanya selesai.

Sumber: Kompas via Siakapkeli



from Sehinggit Media https://ift.tt/2N0WU0L
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MU4Ktk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com