Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021 bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan 10 Negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Labuan dan Putrajaya)
Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPB ini akan diteruskan bermula 19 Februari ini sehingga 4 Mac 2021.
Manakala, Negeri Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa dari 19 Februari sehingga 4 Mac 2021.
Difahamkan keputusan itu dibuat selepas melihat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.
Larangan Pergerakan Melebihi 10 Kilometer Dibatalkan
Kegiatan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan di negeri PKP tetapi tiada lagi sekatan radius 10km untuk daerah yang sama.
Untuk rekod, jumlah kes harian COVID-19 dalam negara mencatatkan angka 2,176 pada semalam (15 Januari) menjadikan jumlah keseluruhan 266,445 kes.
Sumber: MKNJPM
The post PKP di WP Kuala Lumpur, Selangor, Johor & Pulau Pinang dilanjutkan sehingga 4 Mac first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/2ZorF2F
via Denaihati.com