Tidak dinafikan lagi, sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini ramai individu yang terkesan. Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hilang sumber pendapatan.
Malah, ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di rumah, apabila sudah mati akal nak cari duit dari mana.
Bagaimanapun, masih ada golongan yang tidak bersyukur dengan situasi mereka sehingga sanggup melakukan pembaziran dengan membuang makanan yang masih elok semata-mata mengikut perasaan.
Begitulah yang terjadi di negara jiran kita, Indonesia dimana seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada dalam kenderaan sebelum dicampakkan ke dalam sawah.
Buang sebab harga telur ayam murah
Memetik laporan Merdeka, lelaki yang berasal dari Jawa Timur itu dipercayai merupakan seorang pengusaha telur ayam. Difahamkan, dia dalam keadaan marah kerana harga dagang yang ditawarkan terlalu murah.
Menerusi video tersebut, selepas merungut, dia mencampakkan kesemua telur ayam ke dalam sawah padi sambil dibantu oleh segelintir individu sementara perakam video meminta lelaki itu bersabar.
Berikutan itu, rata-rata warganet yang melihat kelakuan lelaki terbabit berasa sedih dan mengecam tindakannya.
Oleh kerana terlalu ikutkan emosi dan amarah, lelaki itu tidak sedar bahawa dia telah kerugian besar. Malah, sifat tidak bersyukurnya juga semakin membuatkan ramai orang sakit hati dengan perbuatannya.
Sebagai manusia, selagi masih diberi rezeki, tidak perlulah mempersoalkan banyak mana sebaliknya bersyukurlah dan berkongsilah juga dengan mereka yang lebih memerlukan.
Sumber: merdeka.com via https://borakdaily.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2MY0qZM
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MB4xLI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com