Kita sudah sedia maklum bahawa Menteri Kewangan akan mengumumkan untuk pengeluaran i-sinar tanpa syarat pada isnin depan.
i-Akaun
Bagi pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pasti ramai yang mengetahui mengenai i-Akaun yang telah diperkenalkan bagi ahli atau mana-mana majikan membuat urusan secara atas talian. Ianya lebih mudah kerana anda tidak perlu berurusan di kaunter KWSP.
Bagi yang belum memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh daftar dan mengaktifkan akaun menerusi beberapa cara. Penjelasan oleh portal My Sumber seperti di bawah ini mungkin boleh dijadikan rujukan anda semua.
Aplikasi mudah alih di telefon pintar ‘i-Akaun’ juga telah diperkenalkan pada tahun 2014.
Pemilik KWSP disarankan memiliki i-Akaun bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP. Untuk pengguna pertama kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP lalu mengaktifkan i-akaun. Setelah membuat pendaftaran, pengguna perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.
Apa itu i-Akaun?
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.
Kelayakan pendaftaran i-Akaun
i-Akaun layak untuk didaftar oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah (i-akaun Majikan).
Cara Mendaftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP EPF Secara Online
Berikut adalah cara dan langkah mudah bagi ahli yang mahu mendaftar dan memiliki i-Akaun KWSP;
Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli)
Terdapat beberapa cara bagi membuat pendaftaran i-Akaun KWSP bagi ahli antaranya adalah:
1. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Pejabat/Kios KWSP
- Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
- Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun
- Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)
- Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan tekan Teruskan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk
*NOTA: Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS - Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan tekan Seterusnya
- Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
- Cipta juga kata laluan yang baharu
- Seterusnya, pilih Imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia kemudian tekan Seterusnya
- Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun
NOTA: Selain hadir ke pejabat cawangan KWSP, ahli juga boleh mengunjungi Kios Pihak Ketiga KWSP bagi proses pendaftaran i-akaun. Boleh rujuk pautan panduan:
Cara Daftar i-Akaun di Kios KWSP (Lokasi Kios Pihak Ketiga)
2. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Emel (Diperkenalkan Ketika PKP)
- Muat turun borang daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel:
- Lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
- Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
- Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
- Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
- Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu
Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP
Sekiranya terlupa kata laluan i-akaun KWSP, boleh ikuti panduan yang disediakan berikut:
- Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)
- Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
- Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
- Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
- Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
- Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
- Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:
- Telefon: 03-8922 6000
- Panduan: Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Sumber: Siakap Keli, My Sumber
The post Cara mudah daftar online dan aktifkan i-Akaun ahli KWSP first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3aaTdyL
via Denaihati.com