Selain hantu, benda yang orang takut adalah emas palsu. Bayar ribu ribu akhirnya tak laku.
Baru-baru ini timbul isu ramai yang terkena emas palsu, yang lebih mengejutkan, emas palsu juga dijual di kedai ternama dan kompleks beli belah. Itu pentingnya ilmu asas untuk beli emas agar tidak tertipu dan ini cara menguji ketulenan emas. Semoga bermanfaat!
1. Uji Dengan Magnet
Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat seperti besi. Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik.
2. Secara Visual
Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k, 18k, 22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.
Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar nampak seperti asli.
Perhatikan perubahan warna dengan cara menggosok dengan jari pada mana-mana bahagian emas itu. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.
3. Gigit Emas
Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.
Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) kerana secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas tersebut adalah 24 karat.
4. Gores Emas Pada Seramik.
Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.
Ujian ini lebih mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.
5. Bawa Ke Ahrahnu.
Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.
6. Timbang Emas
Jika emas jongkong, bar diatasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.
7. Mintak Suami Belikan Emas
Jika dia marah marah sebab isteri asik minta emas, maknanya emas tulis. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.
Kawan kawan,
Harga emas sedang turun sekarang. Bagi penyimpan emas. Ini saatnya beli dan simpan emas.
Kalian mesti kena belajar simpan emas agar tak lemas.
The post Tujuh Tips Mengenali Emas Palsu supaya tidak tertipu first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/2MeEWYT
via Denaihati.com