Sunday, 7 February 2021

Pekerja J&T tampil mohon maaf – J&T Ekspress Perak

Baru-baru ni viral di media sosial isu pekerja J&T membaling barang-barang pelanggan tanda mogok terhadap masalah pembayaran gaji.

Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu berlaku di salah sebuah hub kurier syarikat J&T menunjukkan lambakan timbunan bungkusan pelanggan.

Walaubagaimana pun, tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak tampil memohon maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tulat di media sosial.

Menerusi video tersebut, seorang pekerja menegaskan tiada sebarang isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

“Kami ingin jelaskan bahawa tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.

“Kami sedaya upaya akan proses dan hantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya dalam rakaman video itu.

“Kepada pelanggan yang dihormati, para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.

“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

The post Pekerja J&T tampil mohon maaf – J&T Ekspress Perak first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/36MKRva
via Denaihati.com