Penduduk Baitulmuqaddis bangun pada pagi Khamis (18/2) melihat limpahan salji menutupi jalan raya dan kanak-kanak bermain bola salji di kota yang diselimuti lapisan putih setelah salji turun semalaman.
Sekali lagi Masjid Al Aqsa diliputi salji pada Rabu (16/2) malam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama ke Jerusalem.
Hujan Salji sangat lebat di Masjid Al Aqsa apa tandanya? @ https://youtu.be/cw24jQ6t_WU (subcribe ya)
Namun, kota itu dibuka setelah keadaan kembali reda. Lalu ramai penduduk sekitar keluar dari rumah masing-masing untuk menikmati pemandangan yang jarang berlaku itu.
“Kami datang dari Tel Aviv untuk bermain salji yang jarang turun di Jerusalem, kali terakhir pada 2013,” kata salah seorang penduduk.
Salji di Syria, Lebanon dan Jordan
Menurut laporan, Syria, Lebanon dan Jordan turut diliputi salji pada Rabu yang mana daerah-daerah itu sudah bertahun tidak dituruni salji.
Salji pernah turun untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun di Marjaayoun, sebuah bandar di selatan Lebanon, dan di Bayda di timur Libya.
Angin kencang telah mengakibatkan gangguan kuasa elektrik di sebahagian besar wilayah Lebanon, memaksa banyak penduduk, yang sudah terbiasa dengan gangguan elektrik, bergantung pada generator selama berjam-jam.
Menurut National News Agency, pasukan penyelamat menyelamatkan empat orang yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.
Hujan Salji sangat lebat di Masjid Al Aqsa apa tandanya? @ https://youtu.be/cw24jQ6t_WU (subcribe ya)
Di pergunungan wilayah As Suwayda, Syria, salji tercatat setinggi 15cm, lapor berita rasminya.
Jalan di beberapa wilayah ditutup. Di pusat wilayah Hama, jentolak menyodok salji untuk membuka jalan sementara banyak kenderaan tergelincir di atas ais, menyebabkan gangguan lalu lintas.
Pengalaman bermain sajli di Baitulmiqaddis pada tahun 2013
Walau begitu, pelabuhan negara tetap dibuka. Kemudian, pihak berkuasa tempatan di wilayah Sweida, Quneitra, Daraa dan Tartus menutup sekolah pada Khamis kerana hujan salji yang lebat.
Di barat Syria yang dikuasai puak penentang, pasukan pertahanan awam telah membangunkan timbunan tanah sejak Selasa di sekitar kem pelarian untuk mencegah hujan dari membanjiri kawasan tersebut.
Hampir 3 juta orang tinggal di sana, sebahagian besar di khemah dan tempat perlindungan sementara.
Hujan lebat bulan lalu merosakkan lebih dari 190 lokasi perlindungan, menghancur dan merosakkan lebih dari 10 ribu khemah.
The post 2021 sekali lagi Salji meliputi Masjid Al Aqsa kali terakhir tahun 2013 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/37NNOw9
via Denaihati.com