Kisah mengenai aktor kacak, Edika Yusof sememangnya sudah diketahui ramai kerana sering menerima pujian yang terus setia menjaga isterinya Nor Hidayah yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.
Menerusi laporan BH Online, pelakon filem Maria Mariana itu berkata untuk menjaga keharmonian rumah tangga adalah amat penting dengan sentiasa bersikap jujur terhadap pasangan masing-masing.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak isteri saya sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada dan saya tidak melayannya. Ada juga yang menghubungi saya, tapi saya serahkan pada isteri untuk menjawabnya,” jelasnya.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Lw9xkk
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39SiddW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com