Syarat baru imigresen untuk keluar Negara semasa pandemik
Bermula tarikh 17/5 Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan syarat baru untuk warga Malaysia yang nak keluar negara.
1. Warganegara yang nak keluar negara mesti memohon MTP (My Travel Pass) dari JIM secara online.
2. Lima katogeri perjalanan yang tidak perlu memohon, hanya perlu tunjuk dokumen di kaunter imegresen adalah:
- Diplomat dan petugas kedutaan Malaysia yang perlu bertugas di luar negara.
- Pelajar sedia ada / sambung belajar.
- Pemegang pas jangka panjang di luar negara.
- Bekerja di Syarikat petroleum dan perkapalan.
- Pengiring pelajar untuk belajar (maksimum 2 orang)
3. Katogeri berikut wajib memohon MTP.
- Baru dapat tawaran kerja.
- Baru dapat tawaran belajar.
- Pelajar yang ingin ambil peperiksaan.
- Pergi seminar, meeting, pameran, urusan bisnis.
- Urusan kecemasan.
Cara memohon kelulusan MTP (MyTravelPass)
1. Pastikan beli tiket penerbangan sebelum memohon.
2. Buat permohonan secara online di link berikut :https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/permohonanNR?showForm…
3. Pilih katogeri “travel purpose”
- Long term pass
- Official visit / business
- Medical / emergency
- Others (Kalau tak pasti katogeri apa pilih je Others)
4. Isi semua dokumen peribadi seperti yang diminta
5. Lampirkan dokumen sokongan
- Passport
- Visa atau pass pelajar / kerja
- Offer letter
- Tiket penerbangan
- Dokumen-dokumen berkaitan
6. Jabatan imegresen akan maklumkan melalui email apabila sudah menerima permohonan.
7. Jabatan imegresen akan memalumkan melalui email apabila permohonan diluluskan.
8. Setelah mendapat kelulusan MTP kalian kena buat PCR test.
PCR test kebiasaan untuk 72 jam dan pastikan masa 72 jam tersebut boleh cover lokasi transit.
Sedikit pengalaman kami
Kelam kabut juga pada 17 hingga 19/5 sebab ramai travel tak tahu syarat baru ini. Ramai yang kena tolak di kaunter imigresen KLIA kerana tidak ada MTP.
Nasib baik kebanyakan syarikat penerbangan faham jadi benarkan tukar tarikh penerbangan. PCR test dan travel insuran kena buat semula. Memang kesian pada mereka yang tak cukup bajet. PCR test pun paling murah RM200. Semoga posting ini membantu dan memudahkan urusan semua yang nak keluar negara.
Rujukan Gambar
from Denaihati https://ift.tt/3hK5O02
via Denaihati.com