Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak.
Fenomena Istiwa Azam akan berlaku tepat pada jam 5.16 PM waktu Malaysia untuk 28 Mei dan pada jam 5.28 PM untuk 16 Julai.
Esok 28 Mei bolehlah kita semak kembali arah kiblat sama ada masih tepat atau terpesong arahnya. Pada waktu ini, semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
Video Cara Semak Kiblat semasa Istiwa Azam
Coordinate Kaabah adalah 21.4225° N, 39.8261° E
Bagi yang baru berpindah rumah,28 Mei dan 16 Julai adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat.Untuk tahun lompat semakan arah kiblat boleh dibuat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Grafik cara semak kiblat semasa Istiwa azam
Firman ALLAH dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal””(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“
Sila follow FB Amir Hassan untuk dapat lebih banyak informasi bermanafaat.
The post Cara Semak Arah Kiblat ketika Istiwa Azam pada 28 Mei first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/2SzS2Cz
via Denaihati.com