Monday, 24 May 2021

Sesibuk mana urusan, jangan tinggalkan bacaan ayat kursi setiap hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Banyak sebenarnya kelebihan jika kita mengamalkan ayat Al-Kursi. Kerana apa yang terkandung dalam ayat kursi ini adalah sifat Allah. Allah adalah salah satu dari nama-nama Allah SWT yang banyak, yang menunjukan ketinggian, kemulian, dan keagungan-Nya, dari setiap nama nama Allah itu mengandung sifat masing-masing.

Sesibuk manapun dalam urusan harian jangan tinggalkan bacaan ayat kursi selepas solat fardhu. InsyaAllah.

Ini antara kelebihan mengamalkan ayat Al-kursi :

1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW

2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.

3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.

4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.

6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

Baca juga : Doa Qunut Nazilah untuk keselamatan rakyat Palestin

7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.

8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak
12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.

9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.

11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.

13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Baca : Doa mohon ampun dan bebas daripada segala masalah

Wallahu’alam. Selamat beramal.

Dah baca? Klik share 🙂

The post Sesibuk mana urusan, jangan tinggalkan bacaan ayat kursi setiap hari first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3bQ8e9w
via Denaihati.com