Friday 21 May 2021

Covid-19: Kes harian di Selangor tertinggi dengan 2,163 jangkitan baharu

KUALA LUMPUR : Sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.

Semalam merupakan kes tertinggi di Malaysia iaitu 6,806.

Berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia itu, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).

Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri seperti dipetik daripada Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

Selangor – 2,163

Sabah – 144

Johor – 406

WP KL – 641

Sarawak – 612

Pulau Pinang – 302

Negeri Sembilan – 370

Kelantan – 467

Perak – 382

Kedah – 434

Melaka – 165

Pahang – 161

Terengganu – 139

WP Labuan -84

WP Putrajaya -20

Perlis – 3

Sumber: Awani

The post Covid-19: Kes harian di Selangor tertinggi dengan 2,163 jangkitan baharu first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3vculiq
via Denaihati.com