Friday, 21 May 2021

Neelofa dan suami tidak dikenakan tuduhan rentas negeri – Pejabat Peguam Negara

Sekarang ni hangat diperkatakan tentang isu Neelofa terus menerus langgar SOP.

Terbaharu, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail.

Neelofa bersama suaminya tidak akan didakwa rentas negeri berdasarkan keputusan yang telah dikeluarkan.

Neelofa tidak dikenakan tuduhan rentas negeri

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan telah dibuat berdasarkan kajian serta keterangan yang diberikan berdasarkan kes berkenaan.

Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguan Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada.

Pasangan tersebut dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tak ada mengena dengan isu rentas negeri

Walau bagaimanapun, Neelofa bersama suaminya mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah telah menetapkan 4 Jun hadapan untuk sebutan semula bagi kes berkenaan.

Peguam mereka, Haresh Mahadevan telah menjelaskan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP dan tidak ada kena mengena dengan isu rentas negeri atau sebagainya.

Sumber: Ohbulan

The post Neelofa dan suami tidak dikenakan tuduhan rentas negeri – Pejabat Peguam Negara first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3vcIewL
via Denaihati.com