Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah merupakan hari yang disyariatkan untuk disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, juga sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, di atas rahmat dan petunjukNya. Selaras dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Justeru bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini semua umat Islam hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Video panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh Habib Ali Zaenal Abidin @ https://youtu.be/v7B9-oV6i-I (subcribe)
Antaranya ialah:
1. Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada (selain dalam tandas).
2. Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati” (H.R Ibnu Majah)
3. Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
4. Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara Imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.
Video panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh Habib Ali Zaenal Abidin @ https://youtu.be/v7B9-oV6i-I (subcribe)
5. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari].
6. Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.
7. Keluar pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas solat melalui jalan lain. Bagi yang mampu adalah lebih afdhal pergi solat berjalan kaki,
Video panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh Habib Ali Zaenal Abidin @ https://youtu.be/v7B9-oV6i-I (subcribe)
8. Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta mengucapkan sebarang ucapan yang baik. Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya mereka menyebut :
تقبل الله منا ومنك (semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).
9. Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, seperti ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan seumpamanya.
Selamat Hari Raya Adilfitri
Maaf zahir batin.
The post Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3vYaBPp
via Denaihati.com