Thursday 6 May 2021

Gambar resolusi tinggi Hajar Aswad dikongsi Kerajaan Saudi untuk tatapan umum

Gambar resolusi tinggi Hajar Aswad yang dikongsi kerajaan saudi melalui akaun twitter @HaramainInfo sungguh cantik. Gambar batu hitam suci yang diambil oleh Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain melalui teknologi Focus Stack Panorama.

Berikut merupakan informasi yang dikongsikan oleh pegawai saudi;

  • Shooting Time: 7 hours.
  • Number of Photos: 1050 Fox Stack Panorama.
  • Image Resolution: 49,000 Mega Pixels.
  • Processing Time: More Than 50 Working Hours.

Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad adalah sangat penting kepada umat Islam.

Batu berwarna kemerahan dan berbentuk bujur berdiameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di bucu tenggara Kaabah.

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai.

Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

The post Gambar resolusi tinggi Hajar Aswad dikongsi Kerajaan Saudi untuk tatapan umum first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/33s3kLj
via Denaihati.com