Dunia digemparkan lagi dengan berita yang memeritkan hati kesemua umat Islam di dunia, iaitu isu penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel. Ia bukan perkara baru, tetapi apa yang membuatkan hati kita lebih meledak marah adalah apabila ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia, di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah.
Di saat kita kehilangan kata dan hanya mampu menatap melihat gambar-gambar yang menyayat hati di ruang media sosial, sebenarnya kita juga masih boleh melakukan beberapa perkara.
Pertama, terus menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada pihak-pihak NGO yang dapat menyalurkan secara terus dan telus kepada pihak Palestin di sana. Kedua, mengamalkan doa Qunut Nazilah khusus buat keselamatan dan kemenangan rakyat Palestin.
Ingatlah bahawa doa untuk saudara dan sahabat yang lain tanpa diketahui, adalah doa yang akan diterima dan diaminkan oleh para malaikat.
Apa itu qunut nazilah?
Ayuh kita fahami dahulu apa sebenarnya makna doa qunut nazilah. Qunut adalah satu bentuk doa dan nazilah pula bermakna ‘kejadian tertentu yang berlaku’. Maka qunut nazilah adalah satu bentuk doa yang diucapkan apabila berlaku sesuatu musibah dan bencana kepada umat Islam tidak kira dalam bentuk peperangan,penyakit, wabak, mahupun bentuk-bentuk bahaya dan bencana yang lain.
Dan qunut nazilah yang ingin difokuskan pada kali ini adalah qunut nazilah buat rakyat Palestin yang sedang ditindas, diserang, dan dicederakan oleh Israel.
Jika disorot sedikit sejarah Islam, qunut nazilah ini juga pernah diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW sewaktu utusan penghafaz Al-Quran daripada golongan Ansar seramai 70 orang telah dibunuh ketika menyampaikan dakwah. Hal ini sangat mendukacitakan Nabi SAW sehingga baginda membaca qunut Nazilah dalam solat Subuh selama 30 hari.
Peristiwa ini ada direkodkan oleh Anas bin Malik R.A sebagaimana berikut:
Maksudnya : “Kabilah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan meminta bantuan Rasulullah SAW untuk menentang musuh. Lalu Baginda memberikan bantuan dengan mengutuskan 70 orang sahabat dari kalangan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai Qurra’ (para qari) di zaman mereka. Mereka mengutip kayu api pada waktu siang hari dan sentiasa menunaikan solat pada waktu malam.
Sehinggalah mereka tiba di telaga Ma’unah, kabilah-kabilah tersebut membunuh dan melakukan pengkhianatan terhadap mereka. Berita tersebut sampai kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW melakukan qunut (doa) selama sebulan di mana Baginda berdoa kehancuran ke atas sebahagian kabilah arab di dalam solat subuh. Mereka itu ialah Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” – Riwayat Al-Bukhari (4090)
Bila boleh melakukan qunut nazilah?
Qunut nazilah ini disyariatkan dalam solat-solat fardu sahaja dan bukan dalam solat-solat sunat. Bermakna, qunut nazilah boleh dilakukan dalam mana-mana solat fardu dan bukannya dalam solat subuh sahaja, tidak kira ketika solat berjemaah atau secara bersendirian.
Ia dibaca sewaktu iktidal iaitu selepas rukuk dan sebelum turun melakukan sujud. Selain itu, disunatkan juga mengangkat tangan berdoa ketika membaca qunut nazilah dan tidak perlu meraup ke muka sebelum sujud.
Apakah bentuk doa dalam qunut nazilah?
Sebenarnya tidak ada lafaz yang khusus yang perlu dibaca dalam qunut nazilah. Cukup ia disesuaikan dengan musibah dan bencana yang sedang terjadi. Namun ada contoh bentuk qunut nazilah yang dibaca oleh Rasulullah SAW. Lafaznya adalah seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :
ุจََْููุง ุงَّููุจُِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ُูุตَِّูู ุงْูุนِุดَุงุกَ ุฅِุฐْ َูุงَู ุณَู ِุนَ ุงَُّููู ِูู َْู ุญَู ِุฏَُู ุซُู َّ َูุงَู َูุจَْู ุฃَْู َูุณْุฌُุฏَ ุงَُّูููู َّ َูุฌِّ ุนََّูุงุดَ ุจَْู ุฃَุจِู ุฑَุจِูุนَุฉَ، ุงَُّูููู َّ َูุฌِّ ุณََูู َุฉَ ุจَْู ِูุดَุงู ٍ، ุงَُّูููู َّ َูุฌِّ ุงَِْููููุฏَ ุจَْู ุงَِْููููุฏِ، ุงَُّูููู َّ َูุฌِّ ุงْูู ُุณْุชَุถْุนََِููู ู َِู ุงْูู ُุคْู َِِููู، ุงَُّูููู َّ ุงุดْุฏُุฏْ َูุทْุฃَุชََู ุนََูู ู ُุถَุฑَ، ุงَُّูููู َّ ุงุฌْุนََْููุง ุณَِِููู َูุณِِูู ُููุณَُู
(Allahumma najji ‘Ayyash bin ABi Rabi’ah, Allahumma najji Salamah bin Hisyam, Allahumma najji Al-walid bin al-walid, Allahumma najjil mustadh’afiin minal mukminin, Allahummasyhdud watt ‘ataka ‘ala Mudhor, Allahummaj ‘alha siniina kasinii Yusuf)
Maksudnya : Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca ุณَู ِุนَ ุงَُّููู ِูู َْู ุญَู ِุฏَُู kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan) – Riwayat Al-Bukhari (122)
Jadi, doa qunut nazilah ini boleh disesuaikan dengan tujuan dan keadaan pihak yang ingin didoakan. Seperti kali ini, kita sebutkanlah masyarakat Palestin sebagai yang didoakan keselamatan manakala Israel laknatullah sebagai pihak yang ditimpa hukuman dan bencana dari Allah.
Akhir sekali, ingin diingatkan bahawa doa dalam solat termasuklah doa qunut nazilah hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab. Justeru sebaiknya amalkanlah doa yang mudah untuk diingat. Jika di luar solat pula, doa-doa buat rakyat Palestin masih boleh dipanjatkan seperti biasa. Cuma qunut nazilah ini dilakukan sebagai mengikuti sunah dan cara Rasulullah SAW yang bersungguh berdoa dalam solat saat saat kaum muslimin para huffaz dizalimi dan terbunuh.
Semoga Allah terus menguatkan umat Islam, melemahkan kaum kafir yang menzalimi umat Islam. Semoga Allah melindungi dan memenangkan rakyat Palestin.
#SavePalestine #PrayForPalestine #FreePalestine
Kredit: Tzkrh
The post Doa Qunut Nazilah untuk keselamatan rakyat Palestin first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3tES0Gn
via Denaihati.com