Monday, 24 May 2021

Gerhana Bulan Penuh (Super Flower Blood Moon) pada 26 Mei 2021

Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309 km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.

Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 dan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Super Flower Blood Moon 2021

Pada 26 Mei 2021 (Rabu), fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘๐™Ž๐™ช๐™ฅ๐™š๐™ง ๐™๐™ก๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง ๐˜ฝ๐™ก๐™ค๐™ค๐™™ ๐™ˆ๐™ค๐™ค๐™ฃ’ akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›?

Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.

Super Flower Blood Moon

Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang waktu gerhana adalah mengerjakan solat sunat gerhana secara berjemaah bersama keluarga. Selain solat sunat khusuf kita boleh juga buat amalan lain seperti BERDOA, BERTAKBIR DAN BERSEDEKAH. Jangan rugikan diri dan masa yg sangat berharga tanpa buat apa-apa.

Cara Solat Khusuf

1. Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat menjadi makmum kerana Allah”

2. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

3. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Video Solat Sunat Gerhana Bulan diimamkan oleh Syeikh Abdul Karim Al-Makki @ https://youtu.be/7HgFRFniQXk (subcribe ya)

Fasa Gerhana Bulan Penuh 2021

Gerhana Bulan Penuh 2021

Jom sama-sama kita saksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari Rabu, 26 Mei 2021. Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sesungguhnya Matahari dan Bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak lah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakan lah solat dan bersedekah”. (Riwayat Imam Al-Bukhari).

The post Gerhana Bulan Penuh (Super Flower Blood Moon) pada 26 Mei 2021 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3uiNLAH
via Denaihati.com