Saturday 1 May 2021

COVID-19: Kerajaan akan nilai semula PKP di negeri kes covid-19 meningkat secara mendadak

Kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang mengalami kenaikan kes COVID-19 mendadak.

Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula tersebut penting bagi memastikan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil adalah berkesan.

“Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan tersebut selari dengan keputusan kerajaan untuk membendung serta mengawal penularan jangkitan secara bersasar dan melalui sistem tersebut, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam berisiko tinggi.

“Saya menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19,” tambahnya lagi.

Sumber: Perdana Menteri

The post COVID-19: Kerajaan akan nilai semula PKP di negeri kes covid-19 meningkat secara mendadak first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3tixLOV
via Denaihati.com