BUTTERWORTH Bawang putih import dari China telah mengalami kenaikan harga secara mendadak dengan mengecapi paras RM21 hingga RM22 sekilogram pada pertengahan April 2017 berbanding hanya RM7 pada dua tahun lalu.
Keadaan itu sekali gus menandakan harga bawang putih telah melonjak mendadak sebanyak 200 peratus.
Presiden Persekutuan Pengeksport dan Pengimport Makanan Kering, Datuk Chua Poh Kiang berkata, kenaikan harga bawang putih adalah didorong oleh spekulasi di China.
Keadaan seperti ini (spekulasi) selalu berulang menjelang Jun yang merupakan musim penuaian untuk bawang putih di China.
Golongan terbabit sedar bahawa berlaku kekurangan bekalan dan terdapat satu jarak masa sebelum mencapai musim penuaian pada Jun, katanya kepada China Press.
Tidak pasti sama ada harga bawang putih akan terus meningkat, Poh Kiang berkata, keadaan harga bawang putih dijangka hanya akan distabilkan selepas musim penuaian pada Jun.
Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun bergantung kepada hasil tuaian di China.
Jika hasil tuaian kurang memuaskan, maka keadaan mungkin gagal diperbaiki, katanya. -malaysiagazette
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2puu4rx
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2p6GdQT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com