Sebagai ibu, sekiranya anak atau bayi selsema batuk berkahak berterusan pasti akan membimbangkan. Bayi pula tidak digalakkan dengan pengambilan sebarang ubat sekiranya berumur bawah 1 tahun.
Ada juga ibu bapa menggunakan cara sedut hingus dan kahak bayi dengan mulut. Namun terkadang tidak menjadi.
Tapi tahukah anda, terdapat bermacam cara dan petua untuk menghilang batuk bayi dan kanak-kanak yang berkahak dengan cepat, berkesan dan mujarab?
Perkongsian dari Puan Shikin Jaiz ini akan membuktikan bahawa petua hilangkan kahak bayi ini sangat mudah untuk dipraktikkan. Petua mujarab ini telah dikongsi di media sosial dengan puluhan ribu perkongsian.
Saya tergerak hati untuk mencuba petua yang sedang viral ketika ini menggunakan daun sireh untuk hilang batuk dan kahak bayi yang telah dikongsi oleh Puan Farhain Azmi.
Secara kebetulan adik ipar memberikan daun sireh. Malam tadi bayi saya Eijaz mula batuk-batuk, hidung seperti ada hingus tetapi hingus itu tidak pun keluar, saya sapukan minyak Asma. Dia boleh tidur.
Pada pagi esoknya, Eijaz kelihatan seperti tak selesa lagi, hidung seperti tersumbat. Jadi, saya ambilkan daun sirih, layurkan di atas api lilin, letakkan balm. Kemudiannya saya letakkan di dada Eijaz.
Tak lama selepas itu, Eijaz bersin, keluar cendol hijau dan nampak kelegaannya di situ. Alhamdulillah.
Cara Menghilangkan Kahak Bayi
1. Layurkan sireh pada api lilin atau dapur
2. Sebaiknya dua helai, sehelai untuk dada dan sehelai lagi di belakang badan baby
3. Selepas sireh dilayurkan, letakkan balm atau vicks di dada baby
4. Letakkan sireh di dada bayi dan belakang bayi
Insha Allah, berkesan dan mujarab. Selamat mencuba.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pFQt5K
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pVYFzA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com