Biasalah cuti sekolah hujung tahun memang akan penuh dengan undangan kenduri perkahwinan saudara mara, kawan-kawan dan ada masanya bersusun jemputan kenduri dalam masa sehari.
Trend kenduri kahwin juga turut berubah dari semasa ke semasa, kalau dulu orang suka guna satu warna tema untuk seluruh aspek majlis kenduri dan kini dah ada tuan rumah yang berani mencampurkan warna-warna yang berbeza.
Selain itu perhiasan waktu kenduri pun turut berubah dan adakah anda masih ingat kerusi besi yang sering digunakan atas pelamin waktu zaman 80-an dan 90-an dulu?
Jadi kerana itu kami kongsikan bersama anda 10 gambar suasana majlis kenduri kahwin yang sebelum ini dikongsikan oleh Zuliana Mona Zolkifli di akaun Facebooknya. Memang kenangan lalu mengusik jiwa betul bila tengok gambar-gambar kenduri dulu-dulu.
Boleh guna balik idea balut telur dengan tisu ni untuk jimatkan bajet kenduri kahwin sekarang
Dulu kalau pelamin guna kerusi macam ni memang paling hebat dah tu
Dengar jer paluan kompang tanda pengantin lelaki dah sampai, mesti gamat kenduri waktu tu
Untung jadi penanggah adalah dapat makan kerak nasi kawah dengan kuah kari daging, sedap!
Orang panggil ni silat pulut, betul ker?
Sekarang ada lagi tak pembungkus telur macam ni?
Kalau orang dulu sebut balai waktu kenduri adalah tempat untuk penanggah cedok lauk
Talam bunga-bunga memang cukup nostalgia kenduri kahwin dulu
Bila nak kenduri mesti penuh saudara mara tolong sama-sama siapkan apa yang perlu
Banjir atau tidak, perasaan kena tandu macam ini sangat lah best
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jUo8HU
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hPuPqr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com