PETALING JAYA: Seorang penumpang terpaksa “melompat kereta” selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan merabanya.
China Press melaporkan dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi Khamis lalu itu, perunding kecantikan berusia 23 tahun terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya.
Disebabkan tiada pemandu lain yang menerima tempahannya, beliau terpaksa menaiki kereta seorang pemandu Uber yang mendapat 4.47 bintang itu.
“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,” katanya ketika dihubungi akhbar itu semalam.
Ketika menjawab panggilan telefon, mangsa tiba-tiba ternampak suspek memandangnya sambil membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.
Terkejut dengan tindakan pemandu itu, beliau segera meminta suspek menghentikan kereta, tetapi lelaki itu sebaliknya mengunci pintu dan tingkap.
Katanya, suspek tiba-tiba meraba pahanya sambil memandu.
Wanita itu yang pada mulanya tidak dapat berbuat apa-apa, segera “melompat kereta” ketika ia berhenti di lampu isyarat merah.
Wanita itu masih trauma dan hanya ingat suspek memandu kereta jenis Perodua, tetapi lupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.
Atas nasihat rakannya, beliau membuat laporan polis kira-kira 12 tengah malam Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway.
Mangsa berkata, kejadian itu meningkatkan tahap kesedarannya terhadap bahaya di sekeliling dan menasihatkan wanita lain lebih berhati-hati ketika berada di luar.
Sumber: freemalaysiatoday.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i99tZ8
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AebTKv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com