Tuesday, 28 November 2017

(Video) Allahuakbar, Saya Jumpa Orang Hanyut Di Tengah-Tengah Laut, Isteri Dia Sarat Mengandung Tak Dapat Dikesan


"Allahuakhbarrr.. Jumpa orang hanyut kat laut," itulah kata-kata yang ditulis oleh seorang lelaki bernama Mohamad Effi di laman Facebooknya selepas dia dan rakan-rakannya yang dipercayai pekerja ''offshore'' berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang hanyut di tengah laut.



Lelaki berkenaan dilihat terkapai-kapai hanyut di lautan dipercayai di perairan Laut China Selatan.


Usaha menyelamat dilakukan krew selepas menyedari kelibat mangsa hanyut di dalam air.


Mangsa berjaya diselamatkan.


Apa yang lebih menyedihkan, menurut Mohamad Effi, selain lelaki itu yang dipercayai warga negara Indoensia, isteri mangsa yang dikatakan sedang sarat mengandung turut hanyut dan belum berjaya dikesan oleh mereka.




Netizen yang melihat video dan gambar berkenaan melahirkan rasa simpati, tidak kira ianya pendatang tanpa izin atau sah kerana nyawa seorang manusia begitu berharga.

Ini kerana menjadi tanggungjawab seorang pelaut menyelamatkan nyawa seseorang jika lihat sesiapa sahaja hanyut dilautan walaupun tidak kenal seperti komen di bawah.


Apa pun kita doakan isteri kepada si mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat. 

Sumber: Siakapkeli.my

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zxrDaf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AGZGRI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com