Wednesday, 29 November 2017

Wanita Yang Susah Mendapat Jodoh Disarankan Memakai Kasut Bertumit Tinggi Agar Nampak Lebih Menarik Dan Seksi


Jika usia sudah lanjut, namun masih juga tidak mendapat jodoh, mungkin ia akan membuatkan anda berfikiran yang anda sudah tidak menarik lagi. Ramai wanita rasa tertekan kerana lambat mendapat jodoh.

Namun jangan terlalu tertekan dan sedih ya, cuba anda ubah penampilan anda. Kali ini, wanita yang susah dapat jodoh disarankan memakai high heel. Mengapa perlu pakai high heel? Kerana ramai lelaki yang suka melihat wanita yang berpewatakkan yang menarik. Dikatakan jika wanita memakai heel lebih tinggi, akan menampakkan wanita itu lebih seksi.


Seorang pakar psikologi sosial dan keperibadian Jeremy Nelson MSW PhD, menyatakan pada masa kini memang banyak wanita yang sangat mengambil berat dengan penampilan mereka, khususnya dalam mengenakan kasut.


Malah, mereka sanggup membelanjakan banyak duit demi membeli kasut yang dapat menyempurnakan penampilan. Namun begitu, sehingga kini belum ditemukan apa sebenarnya kesan kasut terhadap penampilan dan penilaian orang sekitar.

“Hingga saat ini belum diketahui adakah pilihan jenis kasut memberikan kesan terhadap penampilan wanita, atau kepercayaan diri yang dirasakan oleh wanita itu sendiri,” kata Nelson.

Menurut seorang profesor psikologi dari Universite Bretagne Sud, Perancis Nicolas Gueguen. Sekiranya seorang wanita mahu menarik perhatian lelaki, wanita itu boleh berusaha dengan salah satu caranya iaitu memakai kasut tumit tinggi. Cara ini juga boleh digunapakai oleh wanita ketika bekerja kerana ia boleh memudahkan urusan kerja.

Selanjutnya, Nelson menambahkan, jika wanita tidak ingin menggunakan daya tarik seks untuk menarik perhatian lelaki, sebaiknya jangan menggunakan kasut tumit tinggi.

Secara umum, tidak ada kesan negatif mengenakan kasut tumit tinggi di hadapan wanita lainnya atau risiko memperoleh respon seksual berlebihan dari kaum lelaki.

Tetapi, ada juga yang merasakan lelaki suka wanita memakai ksut tumit tinggi berkemunginan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah. Kasut tumit tinggi akan membuat posture tubuh wanita kelihatan lebih seksi.

Jadi kepada mereka yang sukar mendapat jodoh boleh la mencuba kaedah ini ya!

Sumber: Utaranews.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iluzTY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Bo8nML
via MerahHatiCintaku.blogspot.com