Sunday, 26 November 2017

(VIDEO) Elyana Tersingkir GV4, Dedah Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Tetap Beri Dorongan Kepada Pesakit Lain Supaya Terus Berjuang Dalam Kehidupan..


Perjuangan penyanyi Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Minggu ini bertemakan 'kaum kerabat'  di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Elyana menyampaikan lagu Sepi daripada Yuni Shara. 

Terdahulu, Elyana beberapa minggu sebelum ini juga tersenarai antara peserta yang berada pada kedudukan bawah.

Dalam ucapan terakhirnya Elyana sempat berkongsi bahawa dirinya merupakan pesakit kanser tahap empat, dan memberi dorongan kepada pesakit kanser lain untuk terus berjuang dalam kehidupan.


Dan sewaktu ditemuramah oleh DS Vida, Elyana menyatakan dia menghidap kanser Limfoma. Kanser tersebut telah menyerang ke seluruh badan beliau termasuk organ penting iaitu paru-paru dan jantung. Beliau juga pernah menjalani kemoterapi dan kali terakhir pada awal tahun ini. 

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.


Kami di sini mendoakan yang terbaik buat Elyana. Semoga sembuh dan dipermudahkan segala urusan Elyana.


Sedikit perkongsian informasi tentang kanser limfoma.

APA ITU KANSER LIMFOMA?

Kanser Limfoma adalah merupakan kanser kalenjar darah yang mana sel darah putih lymphocytes akan menggandakan bilangannya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Pesakit lymphoma juga akan mengalami bengkak pada kalenjar nodus lima di leher, ketiak dan celah kelengkang.

Kalenjar nodus limfa ini akan membengkak kerana terdapat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam tubuh. Ia juga akan menyebabkan sel-sel darah putih lymphocytes tidak normal akan berkumpul di bahagian tersebut dan membentuk bengkakkan kanser.

Sel-sel kanser ini akan merebak ke seluruh tubuh dan mengganggu bekalan oksigen dan nutrien 

Limfoma merupakan kanser SEL DARAH PUTIH yang disebut sebagai limfosit-B atau sel-B dan sejenis kanser yang melibatkan kelenjar. Sel tersebut cepat menggandakan diri dan membentuk tumOr manakala sistem kelenjar berperanan untuk membawa cecair dan darah putih melalui tubuh. 

Limfoma pada Otak atau urat saraf tulang belakang disebut sbg limfoma susunan pusat (SSP). Seperti kebanyakkan kanser yang lain, kanser ini terjadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan dan keadaan ini akan menyebabkan tumor tumbuh dgn lebih banyak. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal pesakit akan merasa sedih atau membengkak pada seluruh tubuh.

TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..

Tanda serangan pertama limfoma sangat mudah dikenalpasti iaitu:

1. Merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha 

2. Sukar bernafas

3. Kerap demam

4. Kesan merah pada kulit, pening2 dan muntah

5. Sakit perut

6. Hilang berat badan

7. Batuk

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti diatas, segeralah berjumpa dengan doktor, jangan abaikan, teruskan mendapat rawatan di hospital.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BpwOdw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2joBbh4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com