Monday, 27 November 2017

Mujur Hari Ini Saya Tergerak Nak Baca Perbualan Anak-anak Dalam Group Ini – Luahan Seorang Bapa Yang Tidak Menyangka Anaknya…


Bagi telefon pada anak-anak tetapi tidak pernah pantau kegiatan anak-anak. Hari ini betapa malunya saya sebab ini terjadi hadapan mata. Group Whatapps rakan sekolah bagi saya biasa tapi luarbiasa jika dalam group tersebut bercakap semata mata tentang seks semata-mata. Saya minta anak saya keluar dan tinggalkan group tersebut.


Tahukah anda dalam group Whatapps ini terdapat pelbagai ayat lucah yang telah digunakan, sehingga ada yang membanding-banding alat kemaluan masing-masing sebesar mana.

Tetapi, apa yang lebih parah lagi bila terdapat beberapa orang yang mengajak rakan-rakan sebaya untuk menonton video lucah bersama-sama dengan memberikan URL ke laman-laman web lucah.


Anak saya ini merupakan pelajar UPSR tahun 2017 dan masih mentah. Tetapi bila berbual di dalam group ini, cara mereka berbual mengalahkan orang dewasa.



Malam Jumaat sedaplah, semua perbualan berbaur lucah dalam group itu. Mujurlah hari ini saya tergerak mahu membaca perbualan anak-anak di dalam group ini. MashaAllah, siap bagi link video lucah lagi. Yang perempuan pula sibuk menggedik mahu mengawan.

Tolong ibu bapa pantau telefon anak-anak anda, jangan jadi ujub dan bangga sangat sebab mampu berikan telefon kepada anak-akan kita, tetapi hakikatnya, kita sendiri yang merosakkan mereka. Sungguh memalukan dalam group ini, lelaki dan perempuan bicara dan menulis pasal seks tanpa segan silu.

Ini baru darjah 6, naik tingkatan 1 nanti, macam mana?

Sumber : Durrotul Hikmah via http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A9ejfr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AezGtR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com