Tuesday, 28 November 2017

10 Pantang Larang Orang Melayu Di Dalam Facebook, Korang Pernah Langgar Yang Mana Satu Ye? Yang No.8 Itu Rasanya Paling Ramai Buat..


Jika kita selalu bermain Facebook dan ingin bina pengaruh di sini, elakkan lakukan tulisan ini.

1. Status politik

Orang kita taksub gila bab politik, jangan kutuk parti Ayam mereka. Itu mereka tidak suka.

2. Status bahasa kesat

Orang makin jauh dengan kita sebab bahasa kita gambarkan kita otak tiada.

3. Status menghina

Jangan menghina orang lain atau sesiapa diFB, ia kurang sopan sebenarnya

4. Status perli orang

Orang tahu siapa yang kita tuju kalau sebut kaya sebab ada cincin berlian.

5. Status dengan gambar seksi dan lucah

Orang kita tak suka gambar begini muncul di media sosial mereka.


6. Status marah marah

Kita bergaduh dengan rakan sekerja, kita marah dimedia sosial dengan judul “Jantan Tara Guna, Tara Guna”

7. Kongsi video berunsur jahat atau ngeri

Tidak semua orang suka kontroversi dan kemalangan, ada gambar mengerikan hingga putus kepala kita letakkan di Facebook.

8. Status rasis dan biadap

Jangan provokasi di Facebook, silap silap dapat tidur dalam lokap.

9. Status mewah

Ramai orang tak suka orang kaya, ini hakikat sebenarnya. Jika tidak Aliff Syukri tidak kena kecam setiap hari.

10. Status menjual sepanjang masa

Ini Facebok dan bukannya pasaraya nak asik jual bedak tempek muka sepanjang masa. Orang tak suka, nak jual ada caranya saya ada kongsikan dalam kelas saya bagaimana.

Bila pengikut datang dengan status kontroversi kita macam Dato Alif Sukri, akan ada follower negatif yang menanti. Mereka tunggu nak kutuk kita sahaja nanti.

Sumber : Azizul Azli Ahmad via ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AbN8kB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jsX8LP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com