Monday, 27 November 2017

Sambutan Luarbiasa Karnival Upin Ipin 2017

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

cuti sekolah hujung tahun sudah tiba dan pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi ibu bapa, inilah sedikit ruang masa yang ada untuk bersama keluarga di waktu cuti sekolah. Ada yang bawa bercuti ke luar negara mahupun dalam negara.

Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung Karnival Upin Ipin 2017 di MAEPS, Serdang seperti yang diadakan pada tahun 2015.

Kali ini, dengan lokasi yang cukup luas dan ruang yang besar, Karnival Upin Ipin 2017 bertemakan #UpinIpinLuarBiasa menarik cukup ramai pengunjung untuk kali ini.

Karnival Upin Ipin yang berlangsung pada 24 hingga 26 November 2017 ini terbahagi kepada dua dewan iaitu dewan A dan dewan C. Ada pengunjung yang telah membuat belian tiket secara atas talian dan ada juga yang terus membeli di kaunter tiket.

Dewan Utama (Dewan A)

Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical

Dewan Magik (Dewan C)

Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros

Pastinya yang juga ditunggu-tunggu di karnival ini adalah kehadiran Ultraman Ribut yang dibawa khas oleh pihak Tsuburaya, Jepun. Mungkin ramai sebelum ini hanya melihat Ultraman di kaca televisyen, namun pada tahun 2015 dan kali ini tahun 2017, Karnival Upin Ipin membawakan Ultraman Ribut untuk peminat-peminat cilik dan dewasa.

Ultraman Ribut di Karnival Upin Ipin 2017

Disamping itu juga ada pelbagai aktiviti yang menarik dengan jadual yang disediakan kepada pengunjung yang datang daripada pelbagai lokasi jauh dan dekat. Karnival ini dirasmikan pada 24 November 2017 oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Ini menunjukkan Upin Ipin sudah berada di tahap dunia di mana sudah memenangi pelbagai anugerah, kolaborasi dan juga sambutan luar biasa di luar negara. Les Copaque juga mempunyai lebih sejuta subscriber Youtube juga telah dianugerahkan Silver dan Gold Button oleh pihak Youtube.

Taman Tema Upin Ipin

Pasti ramai yang masih tertunggu-tunggu tentang pembinaan Taman Tema Upin Ipin yang menelan belanja billion ringgit. Sejak tahun 2012 lagi, pihak Les Copaque sedang mencari dana pelabur bagi merealisasikan Taman tema Upin Ipin di China dan Malaysia. Ia bakal dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 5.7 kilometer persegi.

Selain filem dan animasi, Les’ Copaque turut mengeluarkan pelbagai rangkaian barangan Upin Ipin, makanan dan minuman, akademi latihan, rangkaian restoran serta aplikasi dan permainan.

Kini Les Copaque Production Sdn Bhd sudah perlu memikirkan sambutan yang luarbiasa ini dengan cadangan karnival selama seminggu. Dan ramai juga masih menantikan filem Upin Ipin terbaru yang berkemungkinan ditayangkan pada tahun 2018.

Dengan sokongan pelbagai pihak, sudah pasti ramai lagi peminat-peminat siri animasi ini akan hadir dalam dan luar negara.

Betul Betul Betul!!!



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2zKNQFY
via Denaihati.com