Sunday, 26 November 2017

'Doktor Pernah Kata Saya Boleh Hidup Setahun Lagi'


KUALA LUMPUR: Penyanyi Elyana mendedahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), malam tadi.

Elyana memberitahu dia disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.


"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya kepada BH Online.

Elyana berkongsi, dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari," kata Elyana.

Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini," katanya yang mengingatkan pesakit kanser yang lain agar terus positif berjuang melawan penyakit itu.



Sumber: BH Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i8VuTa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i8ZfrK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com