Friday, 24 November 2017

'10 Kali Aku Dok Zoom' - Netizen Gesa Stesen Tv Swasta Tegur Penyampai Berita Berpakaian Seksi


"Sepuluh kali aku dok zoom benda ni, sama ada baju atau memang lurah dia," demikian kata Ekyn Rosny mengenai penampilan seorang pembaca berita wanita sebuah stesen televisyen swasta. 

Status dan gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 November lalu menunjukkan pembaca berita berkenaan memakai pakaian yang didakwanya tidak sesuai dan terlalu seksi untuk tatapan penonton. 

"Aku ni jenis suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa inggeris bangang sikit. Tetapi aku rasa tak sesuai sungguh pembaca berita ini baca berita dengan pakaian macam ni. Macam ni (penampilannya) dipertontonkan pada rakyat satu Malaysia ke? 


"Pakai pakaian yang lebih sopan boleh kot. Harap ada yang boleh tegur TV3 ini, suruh pembaca beritanya jangan terlalu seksa sangat," tulisnya. 


Berdasarkan komen Ekyn di Facebook, dia tidak menyangka kerjaya menjadi pembaca berita perlukan pernampilan yang seksi. 

"Haih, tak sangka nak jadi pembaca berita memerlukan gaya yang seksi sebagai aset. Pakaiannya tak sesuai sangatlah sebab ini kan channel untuk info-info dunia. Info tentang apa yang berlaku di Malaysia. Semua orang tengok. Tak sesuai sangat untuk tontonan umum. 

"Tak respect orang yang tengok ni bukan orang cina ke, india, orang Melayu beragama Islam kot. 

"Aku geram betul. Laki aku dok tengok tak kedip mata. Lurah aku dia tak mahu tengok pula," selorohnya. 



Sementara itu, netizen yang lain juga ada yang sependapat dengannya dan meminta pihak stesen berkenaan membuat teguran bagi menjaga sensitiviti penonton yang kebanyakannya beragama Islam.
Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A6ycUb
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AbjzNI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com