PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mengakui kurang selesa apabila diberikan gelaran dan pingat Datuk atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Rembau.
Beliau menjelaskan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk akan ditolaknya selagi masih berkecimpung dalam arena politik.
Menteri belia dan sukan berkata tiada pencapaian membanggakan melayakkannya bergelar Datuk walaupun sudah empt tahun menganggotai jemaah menteri.
Menurutnya, beliau lebih selesa berkhidmat untuk rakyat dan melibatkan diri dalam kancah politik tanpa sebarang gelaran, selain merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk menerima apa-apa gelaran.
“Kalau boleh, selagi saya dalam politik dan berkhidmat, lebih baik saya berkhidmat tanpa sebarang gelaran…Saya Menteri Belia dan Sukan, ketua pemuda, saya kekok bila ada gelaran..,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.
Bukan itu sahaja, Khairy turut merasakan beliau masih terlalu muda untuk menerima gelaran Datuk memandangkan sumbangannya terhadap negara masih belum mencukupi.
“Ia terlalu istimewa, saya melihat penerimanya mestilah seorang yang layak untuk menerima dan diri saya masih tidak layak.
“Sebab saya berumur 40 tahun, baru bermula kerjaya sebagai seorang menteri selama tiga tahun dan saya tidak anggap apa yang dibuat selama tiga tahun ini atau ahli Parlimen biasa melayakkan diri saya untuk memegang gelaran Datuk,” ujarnya lagi.
Tidak terhenti di situ, Khairy merasakan budaya mengejar gelaran ini bukanlah satu perkara yang baik untuk dijadikan contoh buat generasi muda.
“Saya melihat ramai yang kejar gelaran yang mana saya rasa terlalu muda tidak buat apa-apa dalam kerjaya mereka yang melayakkan mereka memegang gelaran datuk.
“Sudah jadi budaya kejar gelaran, bagi saya benda ini bukan sesuatu perkara yang baik untuk kita sampaikan kepada generasi muda,” ujarnya.
Katanya, atas rasa rendah diri, gelaran Datuk itu terpaksa ditolaknya walaupun pernah disenaraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak empat tahun lalu.
“Bagi saya, selagi saya berkhidmat lebih baiklah saya berkhidmat tanpa apa-apa gelaran.” – FMT
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hTM6SW
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hVn0TQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com