Friday, 3 November 2017

‘Jika Betul-Betul Serius, Terus Jumpa Ibu Bapa Saya, Dan Sesiapa Pun Boleh Cuba’ – Wany Hasrita


Penyanyi cantik dan ayu bernama Wany Hasrita ini, sudah pasti ramai yang mengenalinya dan ramai lelaki terpaut kerana keayuan dan juga kelembutan. Jika bersuara, alunannya pasti lemah lembut, senyuman yang manis dan perwatakkan menarik sudah pasti menamat hati ramai jejaka.

Wany Hasrita popular dengan lagu ‘berhantu’nya iaitu Menahan Rindu ada memberitahu kepada satu sumber, ramai yang cuba untuk berkenalan dengannya namun hanya sekadar menegur di laman sosial sahaja.


Sudah pasti antara mereka rasa segan untuk mengenalinya dengan lebih serius, dengan popularitinya yang sedang naik sekarang, sudah pasti ramai jejaka sedang ‘menahan hati’ untuk melamarnya. Rasa segan dan malu untuk berhadapan dengan gadis manis ini.


“Memang ada yang cuba berkenalan dengan saya tetapi hanya berani di Instagram sahaja. Tidak serius dan tidak konsisten pun, kita sendiri pun boleh tahu.

“Kalau betul-betul serius datanglah jumpa ibu saya dahulu sebab ibu saya adalah individu paling rapat dan akan berada dimana-mana sahaja saya ada,” katanya kepada Astro Gempak.

Penyanyi ini mengakui dirinya masih solo dan dia berkata, dia tidak mempunyai kriteria tertentu tentang lelaki yang diminati.

“Asalkan saya selesa bersamanya sudah memadai,” ujarnya.

Tidak dapat dinafikan penyanyi ini memang mempunyai rupa paras yang cantik dan ayu ditambah pula dengan kelembutan dan kesopanan bila berbicara.

Mungkin itu antara sebab menjadi daya penarik kepada segelintir kaum adam yang cuba untuk mendekati dirinya. Dan apa yang dikatakan ada benarnya, jika benar anda ikhlas dan ingin mengenali dirinya, anda harus mengutamakan orang tuanya dahulu.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AhXvAt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zh4nA8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com