Tuesday, 21 November 2017

Kerjasama MDEC dan CRADLE untuk latihan lanjutan peserta eUsahawan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

alhamdulillah, MDEC meneruskan usaha untuk memperkasakan ekonomi digital dengan mewujudkan kerjasama dengan CRADLE Fund Sdn Bhd untuk memberikan latihan peringkat lanjutan kepada peserta program eUsahawan yang menunjukkan prestasi yang baik.

Program kerjasama ini selaras dengan Coach & Grow Programme (CGP) yang telah diuruskan oleh pihak CRADLE sejak 7 tahun lalu. Melalui program CGP ini, CRADLE telah membantu lebih 300 syarikat untuk melebarkan sayap mereka dan pendapatan terkumpul melebihi RM1.27 Billion telah berjaya dijana sepanjang tempoh ini.

Coach & Grow Programme by CRADLE

50 Peserta dengan perkembangan terbaik dipilih untuk program pilot

MDEC dengan bantuan CRADLE telah memilih 50 peserta eUsahawan yang menunjukkan peningkatan jualan yang konsisten setiap bulan. Peningkatan antara RM4-5ribu sebulan menjadi antara kriteria awal pemilihan. Selain itu, peserta juga dipilih berdasarkan beberapa kriteria lain yang berbeza.

Program CGP biasanya berlangsung selama 12 bulan, untuk siri pilot eUsahawan ini, tempoh program akan disingkatkan kepada 6 bulan hingga 9 bulan. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan para peserta dengan coach dan KPI yang akan disediakan.

Program latihan lanjutan untuk peserta eUsahawan ini bertujuan untuk memberikan mereka pendedahan yang lebih banyak untuk memastikan perniagaan mereka boleh dikembangkan dan dipasarkan, bukan sahaja dalam negara bahkan ke luar negara.

Kelas eUsahawan MDEC

Latihan dan kemudahan berdasarkan pencapaian setiap KPI

Pihak MDEC akan berusaha untuk membantu semua peserta yang terlibat dengan penglibatan coach-coach terpilih dari pihak CRADLE untuk membantu setiap perniagaan yang terlibat. Setiap peserta akan mendapat coach khusu agar permasalahan yang mereka alami akan dapat diatasi dan diuruskan dengan sistematik dan berstrategi.

Coach-coach ini adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang yang mereka uruskan, contohnya andai perniagaan ingin meluaskan pasaran ke luar negara, coach yang telah melalui proses itu akan dilantik untuk membantu peserta dalam program ini.

Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik yang telah diambil oleh pihak MDEC.

Tuan Razif COO CRADLE dan Puan Sumitra MDEC

Pn. Sumitra Nair, Naib President, Bakat dan Keusahawanan Digital MDEC dan En. Razif Abdul Aziz, COO CRADLE

Peluang untuk mendapatkan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh CRADLE Fund

Semua peserta program pilot ini juga akan mendapat peluang untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CRADLE Fund Sdn Bhd semasa dan selepas tamat program. Ada banyak program-program latihan dan pengembangan yang boleh disertai untuk tujuan kemajuan perniagaan masing-masing.

Seperti kata Ketua Pegawai Operasi, CRADLE, Tuan Rafiz, “MDEC telah melakukan satu usaha yang sangat baik iaitu mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam bidang perniagaan ini melalui program eUsahawan yang telah dilaksanakan”

Ini seterusnya turut membantu CRADLE untuk memberikan ruang dan peluang yang baik kepada semua peserta-peserta program latihan lanjutan yang diadakan ini.

Semoga 50 peserta yang terpilih untuk program ini akan dapat memanfaatkan kemudahan dan coach-coach yang disediakan untuk membantu perniagaan mereka.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2B0CIAW
via Denaihati.com