Gambar hiasan
Biasanya saya malas nak tulis posting panjang melainkan blog. Kali ini terpaksa juga menulis panjang untuk berkongsi satu kisah ini tentang wabak yang menular sehingga membunuh watak seorang wanita melayu yang sepatutnya penuh nilai-nilai kesopanan. Khuatir satu hari nanti nilai-nilai ini menjadi mitos barangkali.
Pagi ini saya on Grab memandangkan lama tak kayuh. Hari ini pun tak ada apa-apa appointment. Jadi pagi-pagi lagi saya dah hidupkan kereta dan cari penumpang di sekitar seksyen 7. Kalau-kalaulah ada awek UiTM atau unisel yang comel-comel tersangkut.
Sambil kayuh sambil cuci mata. Tapi sebelum itu ramai rakan-rakan yang memandu grab/uber pernah meluahkan rasa malas nak ambil penuntut-penuntut perempuan melayu ini. Tak ada adab katanya. Dia orang lebih senang ambil penumpang perempuan bukan muslim.
Dalam tengah mengelamun tiba-tiba ping masuk di kawasan perumahan dan ada permintaan untuk ke UiTM. Setibanya di kawasan tersebut dari jauh nampak seorang gadis yang agak selekeh macam tak mandi. Muka pun nampak macam terpaksa bangun tidur. Dalam hati ini mesti bangun lewat sebab semalam berdating.
Pintu dibuka dan BAMMM!!! Ceh dia hempas pintu kereta aku??? Dahlah salam tak diberi. Dipendekkan cerita sampai saja dilokasi drop off si gadis melayu tersebut hulur duit Rm4.00 dan buka pintu. Belum sempat dia tutup pintu saya pesan dekat dia”tutup pintu perlahan-perlahan ya, tambang awak tak menampung kerosakkan pintu saya”. Dengan muka sengih macam kerang busuk si gadis tutup pintu dengan perlahan dan berlalu tanpa ucapan terima kasih mahupun salam.
Kemudian masuk pula request ke dua pickup point di Kolej Melati. Sesampai di sana kira-kira 3 gadis sudah menunggu. Dari jauh salah seorang dah menunjuk-nunjuk ke arah kereta saya dan kumpulan gadis-gadis ini dari jauh dah tersengih-sengih sesama sendiri. Mungkin kerana kecantikan kereta saya atau kerana kekacakkan saya barangkali.
Tapi firasat kuat kerana kekacakkan saya. Pintu dibuka dan BAM BAM BAMMM!!! Mak aii. Sama juga perangai. Dalam hati nak tegur tapi khuatir ‘saham’ jatuh nanti. Dahlah saya dalam proses nak mempromosikan iklan review tentang grab dengan Grab HQ. Hmmm tak beri salam juga.
Dalam pada masa nak ke destinasi, riuh rendah la diorang berborak. Dah macam KL gangster pula bahasa dia orang. Babi, sial, celaka dan semua keluar dalam gurauan. Bertudung pula itu. Tiba-tiba salah seorang ajak berborak. “Bang… Tak sayang kereta ke kereta sport macam ini buat grab?” Aku senyum sambil balas “mana ada rezeki halal saya sapu saja”.
Tiba-tiba gadis yang duduk belakang menyampuk “Abang dah ada teman wanita ke? Kawan saya ini tawarkan abang jadi balak dia” “Kimak la kau”. Balas rakan disebelah sambil tersengih dan disahut gelakkan rakan-rakan . Aikk? Berani benar minah-minah ini. Aku pulak yang malu kena usya. Sampai di destinasi saya sempat pesan tutup pintu perlahan-lahan. Hanya salah seorang dari 3 gadis ini saja yang ucap terima kasih.
Biasanya saya rancak berborak dengan penumpang tapi bila berdepan dengan spesis macam ini mati akal jadinya. Berbeza pulak dengan penuntut lelaki yang saya pickup dengan penuh adab dan hormat dia orang masuk dan beri salam. Rancak kami berborak. Respek itu ada.
Lepas ini jangan hairan kenapa abang-abang atau kakak-kakak grab/uber dingin saja bila pickup penuntuyt-penuntut ini. Jawapan dia ada dalam coretan ini.
Sebenarnya bukan sekali ambil pelajar perempuan macam ini. Pernah satu hari ambil pelajar universiti/ kolej spt MSU, Unisel dan lain-lain pun sama. Bukan tak ada yang beradab tapi sangat susah nak jumpa.mungkinkah spesis gadis melayu yang disemai dengan adab-adab melayu ini semakin pupus? Sepatutnya senakin tinggi tahap intelektual semakin tinggi nilai kesopanan dan keberadaban dalam diri. Itu belum lagi buka cerita gadis-gadis MELAYU di Bigo,Tumblr dan sebagainya.
Sangat ketara nilai-nilai adab kesopanan gadis melayu berbanding gadis bukan melayu. Bukan nak membandingkan tapi inilah hakikat. Tak percaya tanyalah pemandu-pemandu grab dan uber mereka lebih senang dengan passenger bukan non muslim. Bukan kerana seksi atau sebagainya tapi disebabkan adab mereka.
Mereka tak pandai beri salam tapi tak pernah lagi admin ambil mereka tanpa greeting dari mereka. Sekurang-kurangnya perkataan Hi, Hello dan terima kasih/thank you dengan senyuman manis tak pernah lekang.
Nak drive pun hati ada syok. Jujur saya cakap tak pernah lagi penumpang non malay tak ucap greeting dan terima kasih. Mereka lebih beradab dari gadis melayu yang secara teorikalnya penuh dengan nilai murni kononnya.
Kenapa coretan ini memfokuskan kepada siswi melayu sahaja? Cerita tentang grab ini hanyalah contoh situasi sahaja. Fokus utama perlu diingatkan bukan nilai intelektual sahaja lambang seorang muslimah dan seorang melayu.
Rohani dan adab kesopanan juga perlu seimbang. Dah la rata-rata lepasan siswazah perempuan melayu letak harga hantaran tinggi tapi belum tentu tahu masak dan pandai jaga hati bakal suami. Seharusnya mentaliti ayah-ayah dan ibu-ibu harus berubah.
Meletakkan hantaran seseorang anak perempuan tak patut diukur dengan kelayakkan atau sijil-sijil yang dimiliki anak tapi perlu diukur dengan tahap berapa suburnya nilai-nilai insaniah dalam diri anak.
Kalau dah tahu anak perangai terkinja-kinja macam beruk, rambut karat, gigi berkerak sebab merokok, suka pakai ketat tapi bertudung, bahasa pergaulan ala-ala KL gangster hembus asap vape macam naga lepas itu live dekat group facebook tak payahlah letak hantaran tinggi-tinggi.
#DoneDakwah Lepas ini saya nak ulas pasal gadis-gadis melayu jual diri di BIGO pulak. Kalau malas baca saya lukis saja lepas ini. – Sila Meninggal
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h0m9gy
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ztW8BJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com