Sebuah video menunjukkan seorang lelaki mencincang puluhan tandan pisang di kebun telah tersebar meluas menerusi media sosial.
Menurut lelaki berkenaan, dia bertindak sedemikian kerana kecewa pisangnya gagal dijual ekoran lambakan buah-buahan yang diimport dari luar negara.
Katanya, tanaman pisang di negara ini sahaja sudah cukup untuk menampung permintaan pasaran tempatan.
Lelaki itu mendakwa pisang hasil tanamannya itu tak dapat dijual dan jalan terakhir adalah dengan memusnahkannya.
Tindakan itu bagaimanapun menjadi viral sekaligus mencetuskan pebagai reaksi daripada netizen.
Beberapa orang pengguna Facebook menyifatkan apa yang dilakukan oleh petani tersebut sebagai satu tindakan yang bodoh dan membazir.
“Orang bodoh je yang cincang pisang. Kau kata penat tanam, kenapa kau hancurkan? Pergi la jual kat warung-warung yang jual goreng pisang tu. Tahu nak masuk market besar je, penjual warung kau tak pandang?,” kata uhammad Hairuddin Ahsan.
Ini tindakan orang yang pendek akal. Pisang mahal je sekarang. Kalau malas nak peram, kau jual je la borong kat peniaga pisang goreng atau kerepek. Usahawan kerepek mencari je pisang macam ni,” kata Intisar Dafina.
Diharap agar pihak berwajib itu juga mengambil perhatian yang serius terhadap insiden yang telah terjadi ini.
Sumber: Terengganu Times
Sumber: Terengganu Times
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A7vCdA
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zw3mF3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com