Wednesday, 24 January 2018

Atikah Suhaime Masih Lagi Dibayangi Skandal Seks..!!


Pelakon cantik asal Singapura Atikah Suhaime mempunyai masa depan yang cerah dalam industri seni jika pandai jaga diri. Dia sudah ada tapak untuk mencapai impiannya. 

Selain dari cantik, dia juga berbakat. Kini namanya bagaikan pudar dan terpinggir. Kontroversi yang dilalui memang memalukan. Pelakon berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan babak video seks bertiga dengan dua pelakon lelaki menjadi viral di internet. Dua orang pemuda itu mirip Idris Khan dan Ammar Alfian. 

Ramai yang sudah menonton klip sensual itu! Aksi ranjang yang panas! Namun mereka menafikannya. Setiap video atau gambar yang tersebar dalam internet tidak mudah hendak delete! Ia adalah bahan bukti pada momen ketika itu.


Kasihan, selama enam bulan Atikah hidup tertekan dan sedih. Sejak peristiwa itu tidak ada tawaran atau kegiatan seni untuknya. Ramai yang memandag sinis dan netizen terus menghukumnya. Dia kecewa selepas berita panas itu tersebar luas. Disebabkan itu juga, Atikah digam beberapa stesen televisyen. 

Tetapi yang peliknya pelakon lelaki yang terlibat itu bebas dan kelihatan muncul dalam slot drama stesen tv? Begitulah nasib seorang wanita!

“Dalam tempoh selama enam bulan itu saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk meneruskan kehidupan. Jujur saya katakana disebabkan duit simpanan pun semakin berkurangan, saya nekad untuk pulang ke Singapura. 

“Ketika gosip itu hangat tersebar, ibu mula hilang kepercayaan kepada saya dan mencadangkan pulang dan menetap bersama mereka. Keluarga adalah tempat terbaik sebagai pelindung,” ujar Atika yang turut membintangi filem terakhirnya, `Volkswagen Kuning’. 

“Selama lima tahun dalam dunia glamour ini kehidupan saya ibarat di awanan dan penuh keseronokan. Saya tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga hampir melupakan keluarga dan sanak saudara di Singapura atas tuntutan kerja,” kata Atikah yang ditinggalkan sang kekasih seorang pembantu juruterbang selepas peristiwa hitam itu. 

“Kini saya berkerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak Julai lalu. Saya tak letakkan berapa lama berehat dari dunia seni tapi jika ada tawaran yang menguntungkan, pasti saya akan pertimbangkan. Ada juga terlintas hendak meninggalkan terus dunia lakonan tapi saya tidak pasti. Semangat itu bagaikan semakin pudar,” kata Atikah yang secara jujur namun merindui kehidupan dahulu sebelum bergelar atas. 


Hidup ini tak seindah bikin filem yang bergantung pada skrip yang boleh diubah-ubah! Kini nasi sudah jadi bubur! Kekesalan itu pasti ada tapi jalan terbaik adalah kembali sujud pada-Nya! 

Sumber: Richie Rachman | Cari forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2n81ydG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2n8Cjbo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com