Mesti anda perasan terutamanya ketika anda bangkit dari tidur pada waktu pagi, kaum lelaki selalu akan berasa lebih ghairah jika dibandingkan dengan waktu lain. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya tetang situasi mengapa lelaki akan lebih cepat terangsang pada waktu pagi.
Kadangkala jika anda perasan setiap kali anda bangun, zakar anda akan menegang dan ini boleh memalukan anda terutama jika anda jenis tidur bersepah di luar rumah bersama sanak saudara.
Jom kita perhatikan apakah faktor yang menyebabkan mereka mudah berasa ghairah bila bangun tidur.
Tahap Testosteron Lebih Tinggi
Salah satu sebabnya kenapa pasangan lebih suka seks di waktu pagi adalah kerana tahap hormon testosteron mereka lebih tinggi pada waktu pagi. Lelaki yang mempunyai tidur yang nyenyak dan panjang akan memiliki testosteron yang lebih tinggi. Bangun sahaja sudah boleh beraksi bagaikan harimau.
Pengaruh Stress
Kortisol adalah hormon stress yang berpengaruh terhadap hormon seksual lelaki. Hormon seksual lelaki akan turun jika hormon kortisol ini naik.Oleh itu, tidur yang nyenyak mampu menurunkan hormon kortisol dan menaikkan hormon seksual.
Bercumbuan
Untuk pengetahuan anda, lelaki tidak pernah berhenti untuk menghasilkan hormon testoteron. Bila sudah berada di puncaknya, pasti si lelaki akan menggoda anda dan jika anda berciuman pada waktu pagi, kemungkinan anda untuk berasmara adalah lebih tinggi kerana faktor pengaruh hormon testosteron tersebut.
Pengaruh Suhu
Kebanyakan lelaki akan senang mengalami zakar tegang pada waktu pagi terutamanya kerana suhu yang begitu sejuk. Perubahan suhu yang sejuk juga kadangkala mampu untuk meransang zakar anda untuk menegang kerana mungkin disebabkan oleh cara darah tersebut mengalir ke zakar anda atau juga mungkin kerana hormon.
Oleh itu sekarang kaum lelaki tidak perlu risau lagi mengenai fenomena ini ya. Jalani saja hidup anda seperti biasa dan jangan lupa cover sikit bila tiba-tiba zakar anda menegang pada waktu pagi. Tak pasal-pasal pula nanti kecoh pula satu rumah nanti. Ini semua perkara biasa jika anda adalah lelaki yang sihat.
from Sehinggit Media http://ift.tt/2rywh8A
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2n9GVha
via MerahHatiCintaku.blogspot.com