Thursday, 25 January 2018

Azwan Ali Buat Laporan Polis Dakwaan Skandal Seks Azmin Ali..


Selebriti kontoversi Azwan Ali hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didedahkan sebuah blog baru-baru ini.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.

“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya.

“Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.

“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan.

Sehubungan itu selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu mencabar individu terbabit dalam dakwaan berkenaan agar tampil membuat laporan polis, termasuk isteri orang yang dikaitkan dengan Azmin.

"Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

Mengulas lanjut, Azwan berkata kehadiran beliau hari ini bukanlah kerana kasih sayangnya kepada Azmin sebaliknya atas prinsip berani kerana benar.

“Ini bukan soal sayang tetapi soal perjuangan saya, walau dia bapa saya sekalipun kalau dia lakukan jenayah bukan saya untuk pertahankan dia," katanya.

Selain itu katanya, isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga perlu tampil membersihkan segala tuduhan terhadap suaminya itu.

“Inikah maruah kau? Kau sedang jadi bahan bacaan. Kalau suami kau senyap kau kena ke depan sebab ini nama kau, nama kau sedang dijaja,” tegas Azwan.

Gesa JAIS gantung jawatan

Sementara itu Azwan turut menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengantung kedudukan Azmin selaku ahli lembaga pengarah pihak berkuasa itu sehingga siasatan selesai.

“Boleh tak bersihkan kes ini dulu sama ada fitnah ini benar atau tidak, Azmin Ali dan Shamsidar difitnah atau sebaliknya kemudian baru masukkan balik beliau ke dalam JAIS.

“Sebab ini melibatkan skandal seks Azmin dengan isteri orang.

"Saya tak kisah skandal seks dia dengan siapa atau beruk sekalipun tetapi saya mempertahankan dia kerana skandal dengan isteri orang,” katanya.

Sumber: Malaysiakini.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DCbZwp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GcdaUR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com