Thursday 25 January 2018

Perogol Terima Padah, Kemaluan Hampir Putus Digigit Mangsa


Seorang wanita bertindak menggigit kemaluan seorang lelaki ketika lelaki berkenaan merogolnya di hadapan anaknya yang berusia lima tahun.

Daily Mail melaporkan, wanita dari Afrika Selatan itu sedang berjalan bersama anaknya di wilayah Utara Mpumalanga sebelum didatangi dua orang lelaki yang kononnya mahu menumpangkannya.

Suspek kemudiannya mengacukan pistol kepadanya sebelum memandu kenderaan terbabit ke dalam semak dekat bandar White River.

Polis Mpumalanga menyatakan, “Seorang lelaki kemudian mengancamnya dengan pisau dan merogol wanita itu di depan anaknya.

“Ketika dalam proses berkenaan, wanita itu berjaya menggigit kemaluan lelaki terbabit menyebabkan penyerangnya melarikan diri."

Walaupun kemaluannya tidak putus namun kecederaan yang dialaminya adalah serius.

Sementara itu pihak polis meminta mana-mana klinik dan hospital membuat laporan segera sekiranya ada lelaki yang datang untuk rawatan akibat kecederaan alat sulit.

Difahamkan, mangsa juga sedang hamil tiga bulan ketika kejadian rogol tersebut berlaku.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DHSq95
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rBq6Ax
via MerahHatiCintaku.blogspot.com