Thursday, 25 January 2018

Dipanggil ‘Syaitan’! Faizal Tahir Bengang Dengan Alif Satar


Dalam zaman yang canggih ni macam-macam yang boleh berlaku. Ada orang yang tak jujur atau terlebih pandai akan mengambil kesempatan atas kita. Sebab tu privasi penting, kalau anda ada instagram, Facebook dan Twitter, anda disarankan untuk set akaun ke ‘private’. Dengan langkah itu, akaun peribadi laman sosial akan selamat.

Tak kurang juga dengan aplikasi pesanan ringkas Whatapps. Kadang-kadang ada sahaja orang yang tak dikenali cuba kirimkan mesej tanpa kenalkan diri terlebih dahulu. Lagi-lagi bila kita hilang nombor telefon rakan ataupun tukar nombor baru, jadi bingung dibuatnya bila mesej masuk.

Tak Kenal Faizal Tahir

Itulah yang terjadi pada penyanyi dan pelakon popular Aliff Satar. Menerusi Instagramnya, dia menerima mesej dari Whatsapp oleh orang yang tidak kenali tapi sebenarnya pengirim mesej itu adalah komposer dan penyanyi terkenal, Faizal Tahir.


Hangat.com difahamkan Aliff kehilangan kesemua nombor telefon rakan-rakannya menyebabkan dia tidak tahu pengirim itu adalah Faizal Tahir.

Tapi yang lucunya, tak pasal-pasal Aliff dipanggil ‘Syaitan’ oleh Faizal Tahir angkara kesilapannya tidak kenal rakan sendiri.

Mengenai perkembangan terbaru Aliff, dia akan bergandingan dengan Sherry Alhadadsebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari ini.

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BscPd4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DJ0eYd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com