Tuesday, 2 January 2018

Joy Revfa Dah Ada Pengganti HH, Siapa Agaknya Mr.J?


Boleh dipanggil salah satu perpisahan artis paling kontroversi tahun ini, kes penceraian Hafiz Hamidun dan Joy Revfa memang buat satu Malaysia kecoh.

Perkahwinan yang hanya bertahan beberapa bulan ini sahaja akhirnya runtuh selepas Hafiz melafazkan cerai talak satu pada 25 Oktober lepas.

Agak-agaknya mereka berdua ni dah move on ke belum?

Baru-baru ini di Instagram, Joy yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik telah memuat naik satu gambar jambangan bunga.


Kalau dulu ada HH yang merujuk kepada Hafiz Hamidun, nampaknya sekarang Joy dah ada Mr J. 

Siapa agaknya gerangan Mr. J tu kan?

Kapsyennya, "Daripada awak selalu hantar pada saya benda ni, lebih baik awak hantar durian. Durian lagi mahal dari bunga ni. Kenyang pun kenyang. Anyway thanks MrJ yg selalu sudi hantar roses ni ya. Sesusah je."

Gayanya macam sedang dilamun cinta. Komen pula dipenuhi dengan pengikutnya yang sentiasa mendoakan kebahagian jika benar Joy sudah mendapat pengganti.



Setakat ini Joy tak ada pula nak dedahkan siapa sebenarnya kekasih baharunya.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Semoga Joy menemui kebahagiaan yang dicari selama ini.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CsoPk6
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CaJ1D6
via MerahHatiCintaku.blogspot.com