Mengerikan bila hajat untuk mendapatkan hidung mancung tak kesampaian kerana silikon yang digunakan terkeluar daripada hidung.
Memetik laporan Mstar, seorang wanita Thailand yang namanya tidak didedahkan memberi amaran kepada orang ramai agar memeriksa terlebih dahulu latar belakang klinik untuk membuat pembedahan hidung.
Dia yang menjalani satu operasi di Hatyai telah mengalami keradangan bahagian hidungnya sehingga menyebabkan implan silikon terjojol keluar pada atas hidungnya.
Dia bagaimanapun ditolak oleh klinik itu kerana enggan membantunya atas polisi tidak bertanggungjawab atas prosedur yang gagal.
Wanita ini seterusnya mendapat simpati sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok yang bersedia merawatnya.
Silikon itu berjaya dikeluarkan namun masih terdapat lubang besar di atas hidung, tempat di mana implan itu dimasukkan.
Laporan juga menyatakan masih tidak jelas bagaimana pakar pembedahan akan memperbaiki keadaan wajah terutamanya hidungnya yang sudah rosak itu.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2CCydP0
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DPyFZH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com