Berbeza dengan kehidupan selebriti dan jutawan-jutawan lain di dunia, para isteri kepada 9 orang individu terkaya ini memilih untuk nampak sederhana dan ringkas tanpa sebarang aksesori atau pun pakaian yang berjenama.
Pricilla Chan
Meskipun menjadi isteri kepada salah seorang lelaki yang paling berkuasa di dunia, isteri kepada CEO Facebook ini memilih untuk berpakaian sopan dan ringkas.
Melinda Gates
Terkenal sebagai pasangan yang paling dermawan, Melinda Gates dan suami banyak menghabiskan masa dan wang ringgit mereka dengan kerja-kerja kebajikan. Isteri orang terkaya di dunia ini tetap tampil bersahaja.
Lucinda Southworth
Isteri kepada pengasas Google ini pun tidak kurang hebatnya, Meskipun mampu untuk memiliki koleksi pakaian berjenama pereka terkenal, Lucinda Southworth memilih untuk kelihatan bersederhana di dalam kehidupan.
MacKenzie Bezos
Meskipun bergelar isteri kepada pengasas Amazon, Jeff Bezos, wanita ini paling kurang dikenali ramai kerana kehidupan beliau yang sederhana dan tidak menonjol seperti isteri-isteri billionaire yang lain.
Flora P Rez Marcote
Suaminya adalah pemilik Inditex, salah satu perusahaan fesyen terbesar dunia, namun Flora P Rez Marcote bersahaja tampil ringkas.
Carolyn Persson
Menjadi kaya bukan bererti harus hidup glamor dan serba mewah. Istri bos H&M, Carolyn Persson ini memilih mengenakan outfit sesuai dengan acaranya.
Julia Flesher
David Koch adalah salah satu orang terkaya di bumi. Namun isterinya, Julia, tidak hidup mewah dan memilih untuk menghabiskan waktunya bersama anak-anak tercinta.
Astrid Menks
Sebagai isteri kepada Warren Buffett yang merupakan salah satu ahli perniagaan terkaya dunia, penampilan Astrid sangat normal dan biasa. Buat dirinya, penampilan itu tidak perlu sangat untuk difikirkan.
Christy Walton
Sebagai isteri mendiang pemilik Wallmart yang kaya raya, Christy Walton bagaimanapun menolak gaya hidup mewah. Dia lebih memilih untuk hidup jauh dari orang ramai.
Sumber: Blog Mazeer
from Sehinggit Media http://ift.tt/2DTlY04
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DRPUK4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com