Thursday 25 January 2018

Takziah, Perginya Pelakon Hantu Kak Limah, Rab Khalid!


Inalillahiwainalillahirajiun, MH baru sahaja menerima berita menyedihkan perginya seorang pelakon senior, Rab Khalid petang, jam 4.15 petang yang lalu.

MH difahamkan arwah telah dikejarkan ke Hospital Ampang kerana kritikal akibat serangan jantung.

Melalui laporan yang dikeluarkan Harian Metro beberapa jam yang lalu, berita kesihatan arwah telah disahkan sendiri oleh adiknya Mohd Abbas Shamsuri yang mengatakan abangnya itu telah dimasukan ke hospital untuk rawatan sejak semalam selepas mengadu sakit dada dan kurang sihat.

Abbas yang telah dihubungi oleh rakan serumah abangnya itu diberitahu abangnya sudah tidak sihat sejak beberapa hari yang lalu.

Rab sering muncul di filem-filem arahan Mamat Khalid seperti Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan banyak lagi.

Apapun MH ucapkan takziah buat Arwah sekeluarga dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.



Sumber: Media Hiburan


from Sehinggit Media http://ift.tt/2rJ3KgA
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FiiiFO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com