Seorang wanita menyimpan mayat ibu sendiri di dalam pangsapuri miliknya selama tiga puluh tahun.
Mayat wanita yang lengkap berpakaian putih , stoking hjau dan kasut biru itu ditemui di sebuah rumah di Bandar Mykolaiv, Ukraine.
The Mirror UK melaporkan, polis membuat penemuan ngeri itu dalam sebuah bilik terkunci yang penuh dengan longgokan makanan busuk, surat khabar lama dan sampah sarap.
Menurut sumber, jiran-jiran menyifatkan wanita berusia 77 tahun tersebut sering menyendiri di dalam rumah memandangkan dia mengalami lumpuh di kaki.
Polis dalam kenyataannya berkata, "Untuk menyelamatkannya, rumah itu perlu dipecah masuk. Kami menemui wanita itu duduk di atas lantai, dikelilingi sampah dan tidak dapat berjalan.
Bagaimanapun sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita yang dipercayai mayat ibunya."
Sebelumnya, jiran-jirannya memberitahu yang wanita tersebut tidak mahu bercakap atau membuka pintu rumah langsung.
"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.
"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya."
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2BU2PgK
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GMm4If
via MerahHatiCintaku.blogspot.com