Semalam, selebriti terkenal yang juga kini bergelar usahawan, Neelofa telah melancarkan koleksi tudung terbaru di bawah syarikat Naelofar miliknya iaitu #BeLofa. Disebalik keterujaan kaum wanita untuk mendapatkan tudung tersebut, terdapat sesuatu yang menarik perhatian netizen dan ianya bukanlah tudung tersebut.
Lancar Di Kelab Malam
Kini tular di media sosial dimana netizen hangat memperkatakan mengenai lokasi pelancaran tudung tersebut yang diadakan di sebuah kelab malam ibu negara. Seharusnya majlis seumpama itu yang sedikit sebanyak berkait rapat dengan agama diadakan di tempat yang lebih sopan ataupun di mana – mana tempat tertutup seperti di hotel.
Namun begitu menurut Neelofa, lokasi yang dipilih itu adalah bagi mengikut tema dan jauh lebih murah berbanding lokasi lain, sekali gus mengundang kemarahan netizen.
Penunggang Agama! Tuntut Mohon Maaf
Acara tersebut begitu menarik perhatian netizen sehingga pelbagai komen yang diterima merupakan kecaman. Ada yang menganggap Neelofa sebagai biadap, penunggang agama dan tidak kurang juga yang menuntut pengacara itu memohon maaf secara terbuka kerana seolah – olah mempersendakan agama dan menyentuh sensitiviti.
Mungkin ada benarnya kata – kata netizen itu. Terfikir sejenak, Neelofa seseorang yang berpengaruh dan mustahil untuk beliau tidak mendapat tajaan. Setuju?
Sumber: Hangat.com
from Sehinggit Media http://ift.tt/2oDA3ZE
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oAkphn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com