Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kita nikmat kehidupan selama ini. Allah yang telah menciptakan langit dan bumi. Jika kita melihat ciptaan Allah kita akan menemukan suatu keindahan yang luar biasa. Suatu keindahan dan keagungan yang menunjukan keagungan yang menciptakannya. Langit dengan segala hiasannya, bumi dengan lautan dan sungai sungai yang mengalir di dalamnya.
Gunung-ganang yang begitu kukuh menjulang tinggi, haiwan dan tumbuhan dengan bermacam macam jenisnya. Semuanya diciptakan dengan begitu indah.
Baru-baru ini kembali kisah hujan batu. Fenomena hujan batu yang berlaku di Madinah yang menurut laporan Saudi Gazette Report, Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekita Madinah. Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.
Hujan batu di Malaysia
Pada bulan lepas juga telah berlaku hujan batu di Bukit Jelutong Shah Alam yang menyaksikan beberapa orang melihat ketulan-ketulan hujan batu sebesar syiling 20 sen turun menimpa bumi. Perkara ini sebenarnya bukan lagi luar biasa kerana sudah berlaku juga di lokasi-lokasi lain saban tahun seperti di Jerantut dan Sungai Buloh yang saiz hujan batunya agak besar.
Pihak Jabatan Meteorologi menyatakan hujan batu kebiasaannya berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku akibat ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Ia bukan berpunca daripada perubahan mendadak cuaca persekitaran.
Amaran berhati-hati dengan hujan batu
Hujan batu boleh menyebabkan kerosakan yang serius terutama untuk kereta, pesawat, struktur berbumbung kaca, ternakan, dan yang paling biasa adalah tanaman pertanian. Kerosakan hujan batu kepada bumbung sering dilihat tanpa disedari sehingga kerosakan struktur berlaku seperti kebocoran atau retak.
Hujan batu adalah salah satu bahaya ribut petir yang paling utama untuk pesawat. Apabila hujan batu melebihi 0.5 inci (13 mm) diameter, kapal terbang boleh rosak teruk dalam masa beberapa saat. Hujan batu itu terkumpul di atas tanah juga boleh menjadi berbahaya kepada pendaratan pesawat. Hujan batu juga menjadi gangguan kepada pemandu kereta, kenderaan yang kemik dan keretakan atau memecahkan kaca depan dan tingkap.
Perubahan iklim di Tanah Arab tanda akhir zaman
Kajian mengenai iklim membawakan kita kepada fakta bahawa negara Arab akan memasuki ‘fasa hujan’ baru. Pada awal mulanya akan ditandai dengan munculnya ais salju di bahagian utara Bumi ke arah selatan, yang disertai dengan penurunan suhu yang luar biasa selama musim dingin. Selama musim hujan, Arab ditutupi dengan padang rumput hijau dan mengalir sungai-sungai, daerah berubah menjadi danau.
Demikian juga dengan tanah di sana, yang dahulunya gersang menjadi banyak kehidupan dan makhluk.
Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai. (HR Muslim).
Jika hujan sebagai sebab tumbuhnya pelbagai macam tumbuhan di atas bumi, maka sesungguhnya Allah SWT mampu menjadikan sesuatu yang dapat menahan sebab tersebut, sehingga tidak boleh memberikan pengaruh apa pun. Kita sebagai umat akhir zaman ini, hendaklah bersyukur dan meneruskan lipatganda ibadat selagi hayat di kandung badan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2ETMrvh
via Denaihati.com