Sunday, 25 February 2018

Mengejutkan Dunia Perfileman Bollywood! Apabila Aktres CANTIK BERMATA SEKSI Sridevi Telah Meninggal Dunia..


LOS ANGELES: Sridevi Kapoor, aktres Bollywood terkenal meninggal dunia kerana komplikasi jantung di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu malam pada usia 54 tahun.

Abang iparnya mengesahkan berita itu menerusi media Indian Express.

Sridevi bersama keluarganya berada di UAE untuk menghadiri majlis perkahwinan. Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga produser Boney Kapoor dan anak perempuan, Khushi berada di sisi.

Sridevi pernah membintangi filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada sebelum beralih kepada Hindi.

Kejayaannya menyamai pencapaian pelakon Jaya Prada yang juga kelahiran India Selatan dan menempa nama di Bollywood.

Kerjaya lakonannya bermula pada usia empat tahun apabila membintangi filem “Thunaivan” arahan M.A.Thhirumugham.

Pada usia 12 tahun pula, bakat Sridevi menarik perhatian penerbit filem Bollywood apabila berlakon filem “Julie”, dan seterusnya melakonkan watak dewasa menerusi filem arahan K.Balachander, “Moondru Mudichu” bersama Kamal Hassan.

Pada 1978, Sridevi diberi kepercayaan sebagai pelakon wanita utama menerusi “Solva Sawna” dan 1983, Himmatwala, selain beberapa filem lain seperti “Mr India” dan “Chandi”.

Selepas agak lama menyepi, Sridevi tampil dengan filem blokbuster “English Vinglish” pada 2012 dan tahun lalu menerusi “Mom”.

Sridevi dicalonkan untuk 10 Anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya, selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2sV7dJs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CGiaOI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com