Saturday, 24 February 2018

Lampin Pakai Buang Cetus Kemarahan Penganut Islam Di India


MASYARAKAT Muslim di India melakukan protes untuk memboikot produk Pampers selepas mendakwa kartun kucing yang digunakan pada lampin itu kelihatan seperti nama Nabi Muhammad.

Garisan tersebut menunjukkan bahagian mata, hidung dan mulut si comel itu seakan-akan nama Baginda yang ditulis dalam bahasa Arab atau Urdu biarpun penafian dibuat oleh syarikat pengeluar lampin tersebut.

Procter dan Gamble dalam kenyataannya berkata, pihaknya tidak akan menyinggung mana-mana individu atau agama serta rekaan tersebut menunjukkan ilustrasi kucing yang 'tidak bersalah'.

Namun, gambar produk tersebut didakwa telah menghina agama Islam oleh pengkritik dan para penunjuk perasaan yang bertindak membakar lampin pakai buang itu.


Rakaman video yang sudah ditonton sebanyak 175,000 kali itu 'menampilkan' aktivis kumpulan Islamik Darsgah Jihad-o-Shahadat yang turut membuat laporan mengenai lampin itu di Balai Polis Dabeerpura di Hyderabad, lapor Deccan Chronicle.

Melalui surat yang dihantar kepada polis, kumpulan itu mendakwa Pampers yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat telah melukakan perasaan masyarakat Islam dan menggesa agar produk itu ditarik daripada pasaran.

Nabi Muhammad merupakan tokoh yang amat dihormati di dalam Islam dan penghinaan seperti itu tidak boleh diendahkan, kata kumpulan terbabit.

Surat tersebut turut terkandung: "Tangkap dan hukum mereka."

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2Cg5H8F
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2HHQMUg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com