Tuesday, 27 February 2018

'Yang Tak Datang Saja Kecoh' - Selepas Lama Berdiam Diri Neelofa Akhirnya Buka Mulut


Setelah dikecam hebat di media sosial kerana membuat majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota, pengacara dan pelakon, Neelofa tampil mempertahankan tindakannya. 

Lapor Harian Metro, Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu. 

"Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung. 

"Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini. 

Sebelum itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka buat Neelofa berhubung penganjuran majlis pelancarannya di pusat hiburan berkenaan. 

"Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung," kata beliau dalam surat terbuka itu. 

Datuk Dr Zulkifli juga berpesan agar Neelofa bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang diberkati Allah SWT. 

Sementara itu di akaun Instagramnya, Neelefo dikecam teruk dan hampir semua gambar-gambarnya yang berkaitan dengan majlis tersebut dihujani komen-komen dari netizen yang berbaur kecaman dan tidak kurang juga memberikan nasihat atau doa agar Neelofa bertaubat.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ouXMfg
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CnNcPy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com